Thursday, 23 May 2013

celebrating my freedom day :)

Hi.. Assalammualaikum readers :)

It is so cool to be here tonight after been busy these past few days. I just finished my second term examination, and I succeed to complete it! Yeaayyyy 

To be frank, the question papers wasn't that tough compared to my first term examination yang buatkan aku rasa macam nak lighter-lighter-kan aje kertas soalan tu. Seriously, sem 1 punya soalan, Ya Allah... tak ada soalan lagi 'susah' ke nak bagi? susah atau aku yang tak belajar? Okay, confuse. Tak payah nak confuse sangat, dah memang aku tak belajar sangat pun masa sem 1. Kuikui

So, habis je exam tadi rasa kebebasan tu adalah sikit-sikit. sebab apa? yelah, nak berileks-rileks sangat pun tak boleh, lagi dua minggu nak masuk sem 3 woii. balik je muka dah serupa tengik sebab kena balik naik bas ( abah kita takde, dia pergi mana tah, meeting apa tah katanya ) so, aku pun buat buatlah muka agak najis jugaklah depan Yashwini, and dia pun macam biasa fahamlah dengan bentuk komunikasi aku, *sebenarnya, Yashwini ni bawak van pergi sekolah, so senanglah aku nak tumpang dia, mintak hantarkan aku ke station bas, oleh kerana aku tersangatlah penuh lemak di badan malas nak berjalan jauh ke station bas berhampiran. Hamboi, kelas tak kawan aku? Pergi sekolah bawak van pekerja, kau! Jangan pandang rendah dekat Yashwini. Lagi-lagi time hujan, memang penuhlah van dia budak budak ni mintak tumpang hantarkan pegi station bas. Hehe. 

Jadi bila dah sampai kat station bas, tengok kiri-kanan orang tak ramai sangat. Budak-budak form6 pun tak ada lagi. So, duduklah aku sorang-sorang dengan muka kesian agak-agak macam nak pinjam seposen sebab tak cukup duit nak buat tambang. Sambil bukak beg duit, seluk-seluk kot kot ada duit kecik nak buat tambang. Madah duit nak warna oren je. Beriya gila. Datanglah pulak kengkawan aku dari tah mana je dengan eskrem di tangan. Masing-masing celebrate freedom day dengan eskrem. Baguslah. Emm emmm.

Punyalah menunggu pakcik bas yang sedia maklum memang selalu lambat, sambil merungut tak henti-henti, "mana pakcik ni, mana pakcik ni" dah boleh berzikir, tinggal tak bawak tasbih je tadi. Pheww. Listening to my friends' talk, I just look at the sky. Wah, dah nak hujan ni. Macam mana aku nak meredah bila dah sampai Langsat nanti? Aku dok terfikir-fikir sorang-sorang tanpa kawan kawan aku tahu apa yang aku fikirkan. Gasak diorang sibuk bincangkan soalan Sejarah dengan Makroekonomi yang kitorang jawab kat exam tadi. Takde maknenya aku nak bincang-bincang jawapan yang dah dihantar pun kat pengawas tadi. Bukannya boleh betulkan pun kan? Lebih baik aku diam, daripada aku yang frust menonggeng tahap sampai takde tahap. Haha

Lagi sekali aku membebel sorang diri "mana pakcik ni, mana pakcik ni" sampai naik fedap jugaklah aku dibuatnya. Sabarkan ajelah pakcik bas ni. Bawak bas terkemut-kemut, kena ketuk dari belakang, baru nak tekan pedal kuat-kuat. See, i'm crapping. 

Mata aku sibuk tengok bas-bas yang lalu lalang kat situ. Bas 20, Bas 15, Bas 12, aih macam macam nombor bas lah yang aku nampak kecuali Bas 19 untuk pergi ke Tanjung Langsat. Bagi aku time tu, perkataan Bas 19 dah cukup keramat sangat dah untuk aku, tapi time tu jelah. Hahah *annoying laughter. 

Sekali pandang, takde. Dua kali pandang, pun takde. Tiga kali pandang, haraammm! takde. Lima enam kali pandang jugaklah, baru pakcik Bas tu muncul dengan nombor 19 yang begitu keramat untuk aku. Heheh
Dengan sepantas kilat cuma takde petir je aku dah berlari anak menuju ke arah pintu bas yang terbuka luas bagaikan ada sinaran sambil ada sound effect "Woooooooaaaaaaa" drama je lebih kan? Hahah

Tanpa buang masa, aku pun masuk dengan pantas hampir nak tersungkur depan pintu masuk bas depan pakcik bas yang datang lambat tu. Nasib tak tersungkur lah. Heheh. Sekali dah masuk, dan ambil tempat, pakcik tu nak pergi semayang pulak. Dah menunggu lagi, tapi takpe, kat dalam bas. sejuk. Aircond kalau boleh sampai rosak pun dia nak bukak. hehe

Bila tunggu tunggu dan tunggu, akhirnya sampai jugak pakcik bas yang lambat tadi tu. Gedegak gedegak *sound effect untuk bas yang pakcik yang lambat tadi tu bawak. kuikui akhirnya sampai jugak aku dekat Tanjung Langsat yang tercinta ni. And macam biasa pakcik bas ni berhentikan aku dekat depan masjid. Turun je dari bas, aku pusing balik menuju ke kedai runcit Cik Halim. Apa lagi, keluarkan duit, beli eskrem ah apa lagi kan? haha. 

Lepas beli eskrem, terus balik ke rumah. Tapi dah tak hujan, so boleh lah meredah batang jalan yang kosong takde orang tu. Kesian budak sekolah macam aku ni, macam tak terbela pun ada jugak. haha. Gasak sengsorang berjalan sambil jilat jilat eskrem aumm aummm. Wahhhh, deep down inside, I was thinking, THIS IS LIFE. haha. Nikmat dah habis exam macam gini kot rasanya? This is how I'm celebrating my freedom day. How about you? Terus, malam pergi rumah tok bawak laptop dengan niat nak online. Tetibe je ada bunyi fireworks. Woaaaaaa, nampak tak yang fireworks ni pun nak celebrate freedom day macam aku kan kan? 

So, I guess today was a very long journey for me. Actually, EVERY DAY is a very long journey for me. That's all I guess for today's entry. See ya next chapter kayh? Bye..

Love ;
Affea

Sunday, 5 May 2013

Antara Garisan


Assalammualaikum..

Hari ini seperti mana yang kita rakyat Malaysia tahu, adalah hari penentuan Kerajaan bagi negara Malaysia.
Nak bercakap pasal politik memang aku tak berapa pandai. Bukan otak aku didoktrinkan dari kecil, tetapi ini apa yang aku nampak sepanjang tak sampai 19 tahun aku hidup di tanah Malaysia yang paling aku sayang sehingga nafas terakhir aku. Entahlah, mulanya aku malas nak mempertikaikan itu dan ini tentang politik di Malaysia, but I was so upset when I saw every tweets and status on Facebook kept on mocking our Prime Minister. Ya Allah.. people do make mistakes, all the time. So you think you're good enough to 'kafirkan' people yang menyokong kerajaan? Kenapa semakin hari ni aku lihat betapa ramai manusia yang cukup tak sedar diri dan tak tahu kenal erti syukur dan beruntungnya engkau dapat berpijak di bumi Malaysia. Kenapa begitu mudah rakyat jelata diperbodohkan oleh sesetengah parti politik yang hanya tahu menabur fitnah dan janji kosong semata-mata hanya untuk pangkat? Mana perpaduan yang selama ini kita tanam? Nak kata aku tali barut kerajaan? Memang ada sesetengah individu dalam kelompok kerajaan yang dah buat taik, tapi jangan hanya kerana 'sesetengah' itu kita dengan mudah diperdaya. Itulah, kalau beli surat khabar, asyik baca yang bab membangkang aje. Sampai otak pun asyik nak membangkang.

"Kalau kau tak sokong kerajaan, kenapa kau ambil semua bantuan diberi?"
"Tu semua duit rakyat, bukannya duit Najib"

Aku memang cukup tak boleh blah gila dengan statement bodoh macam tu. Memang semua tu duit rakyat, tetapi duit rakyat yang menyokong kerajaan. Kau cuma dapat habuan aje sedangkan kau pembangkang kuat kerajaan. Kan?  Kau kata kau kuat agama, sehingga kau sanggup mengkafirkan rakyat Islam yang menyokong Barisan Nasional, mana rasionalnya? Ini ke sifat mahmudah yang ada dalam diri kau? Ini yang dipanggil "Antara Garisan". Kau rasa kau cukup kuat iman sampai kau cakap orang yang menyokong kerajaan adalah kafir, tapi siapa kau nak mengkafirkan orang? Hanya kerana orang menyokong kerajaan? Kau bukan nabi yang bersifat Maksum. Bila kerajaan bagi bantuan, dikatanya rasuah. kepala hotak kau! Bantuan kerajaan adalah tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh kerajaan. Tapi kau lah orang yang selalu bertanya pada cikgu, bila baucar buku nak dapat? Nampak tak muka tembok kat situ?

Kerja kau hanya membangggggggggkaaaaannnngggggg aje. Kalau betullah kau di pihak yang betul. Kau akan berfikir ke depan, fikir yang terbaik untuk negara. Bukan hanya sekadar mendengar ceramah fitnah dan dengan mudah kau mendoakan kehancurannya. Sudah sudahlah. Cuba jadi manusia yang bersyukur, jadi manusia yang berfikiran ke depan. Jangan jadi manusia yang tahu untung dengan apa yang orang dah korbankan untuk kau. Kau nak dapat pemimpin biseksual? Aku taknak. Kau nak dapat pemimpin yang racist? Sumpah aku taknak. Atau kau nakkan pemimpin yang tak pernah belajar tentang Mikro-Makro ekonomi negara? Demi Allah aku taknak. 

Berhentilah jadi manusia yang tak pernah kenal erti syukur. 

Assalammualaikum.

Wednesday, 1 May 2013

Seriously, one month already?

Assalammualaikum.. :)

Woaa.. I left my 'once in a lifetime' for one month already? Seems that I have been so busy these past few weeks. PBS's were making me feel sick errr.. yeah, I really admit it. But its all worth it. Mommy Juli said the highest mark for Sejarah PBS was 53/55 which is it was me! And I.. yeayyyyyyy! 

Seriously, aku rindu gila dengan blog ni kot. Lama sangat tak menaip. Mana tak, sibuk dok menaip assignment sampai naik kebas jari. *sumpah, berlagak macam budak universiti je aku ni. kuikui Keserabutan yang membelenggu diri setiap kali di sekolah buat aku bertambah-tambah yakin nak berhenti sekolah. *hehe overlah tu. gila kau nak berhenti sekolah, mahu tak mengamuk cik lan dengan cik to. Tapi nak buat macam mana kan, dah pilihan ni yang aku dah pilih sejak habis SPM tahun lepas, nak tak nak, kena buat jugak lah *bunyi macam sedih kan?

Hish apasal aku asyik pakai *** ni je? 



Gini lah dia, powerpoint nak kena siapkan.. and bla.. bla.. blaa.. 
banyak gila kerja kena buat. Rasa macam nak campak je semua ni, pastu daftar masuk Wanita UMNO. *kat sini dah nampak sangat takde kena mengena cerita aku dengan cerita politik. Saja je, yelah, demam PRU13 sekarang ni kan, jadi aku kenalah bertindak proaktif sikit. Hahahahahha ( ni memang gelak besar )


Saja nak menunjuk yang masuk tingkatan enam ni bukan mudah sebenarnya. lagi-lagi dengan sistem modular yang baru ni, hah kau berlambak gambar pasal orang cina kelantan dekat folder dalam laptop. *tajuk nak gah je kan? hehe

Jadi, pokok pangkalnya, janganlah pandang rendah dengan pelajar-pelajar tingkatan enam ni kerana tingkatan enam tak lah semudah yang disangka dan tak lah serendah yang disangkakan. aku memang cukup kecik hati kalau orang cakap itu ini pasal tingkatan enam. *sentap nokkk.

Sekarang ni rasanya macam post aku ni dah lari sangat dengan tajuk 'seriously, one month already?' dan untuk menjauhkan aku daripada being a creepo, *eh, aku teringat pulak ada orang label aku creepo. sedih kan? lebih baik aku stop dulu lah ya. Tunggu ntah lagi berapa bulan lah aku nak update balik blog bling-bling-memang-tak-bling-bling-pun-ni hahahah. Okay.

Bye

Love ;
Affea