Thursday, 23 May 2013

celebrating my freedom day :)

Hi.. Assalammualaikum readers :)

It is so cool to be here tonight after been busy these past few days. I just finished my second term examination, and I succeed to complete it! Yeaayyyy 

To be frank, the question papers wasn't that tough compared to my first term examination yang buatkan aku rasa macam nak lighter-lighter-kan aje kertas soalan tu. Seriously, sem 1 punya soalan, Ya Allah... tak ada soalan lagi 'susah' ke nak bagi? susah atau aku yang tak belajar? Okay, confuse. Tak payah nak confuse sangat, dah memang aku tak belajar sangat pun masa sem 1. Kuikui

So, habis je exam tadi rasa kebebasan tu adalah sikit-sikit. sebab apa? yelah, nak berileks-rileks sangat pun tak boleh, lagi dua minggu nak masuk sem 3 woii. balik je muka dah serupa tengik sebab kena balik naik bas ( abah kita takde, dia pergi mana tah, meeting apa tah katanya ) so, aku pun buat buatlah muka agak najis jugaklah depan Yashwini, and dia pun macam biasa fahamlah dengan bentuk komunikasi aku, *sebenarnya, Yashwini ni bawak van pergi sekolah, so senanglah aku nak tumpang dia, mintak hantarkan aku ke station bas, oleh kerana aku tersangatlah penuh lemak di badan malas nak berjalan jauh ke station bas berhampiran. Hamboi, kelas tak kawan aku? Pergi sekolah bawak van pekerja, kau! Jangan pandang rendah dekat Yashwini. Lagi-lagi time hujan, memang penuhlah van dia budak budak ni mintak tumpang hantarkan pegi station bas. Hehe. 

Jadi bila dah sampai kat station bas, tengok kiri-kanan orang tak ramai sangat. Budak-budak form6 pun tak ada lagi. So, duduklah aku sorang-sorang dengan muka kesian agak-agak macam nak pinjam seposen sebab tak cukup duit nak buat tambang. Sambil bukak beg duit, seluk-seluk kot kot ada duit kecik nak buat tambang. Madah duit nak warna oren je. Beriya gila. Datanglah pulak kengkawan aku dari tah mana je dengan eskrem di tangan. Masing-masing celebrate freedom day dengan eskrem. Baguslah. Emm emmm.

Punyalah menunggu pakcik bas yang sedia maklum memang selalu lambat, sambil merungut tak henti-henti, "mana pakcik ni, mana pakcik ni" dah boleh berzikir, tinggal tak bawak tasbih je tadi. Pheww. Listening to my friends' talk, I just look at the sky. Wah, dah nak hujan ni. Macam mana aku nak meredah bila dah sampai Langsat nanti? Aku dok terfikir-fikir sorang-sorang tanpa kawan kawan aku tahu apa yang aku fikirkan. Gasak diorang sibuk bincangkan soalan Sejarah dengan Makroekonomi yang kitorang jawab kat exam tadi. Takde maknenya aku nak bincang-bincang jawapan yang dah dihantar pun kat pengawas tadi. Bukannya boleh betulkan pun kan? Lebih baik aku diam, daripada aku yang frust menonggeng tahap sampai takde tahap. Haha

Lagi sekali aku membebel sorang diri "mana pakcik ni, mana pakcik ni" sampai naik fedap jugaklah aku dibuatnya. Sabarkan ajelah pakcik bas ni. Bawak bas terkemut-kemut, kena ketuk dari belakang, baru nak tekan pedal kuat-kuat. See, i'm crapping. 

Mata aku sibuk tengok bas-bas yang lalu lalang kat situ. Bas 20, Bas 15, Bas 12, aih macam macam nombor bas lah yang aku nampak kecuali Bas 19 untuk pergi ke Tanjung Langsat. Bagi aku time tu, perkataan Bas 19 dah cukup keramat sangat dah untuk aku, tapi time tu jelah. Hahah *annoying laughter. 

Sekali pandang, takde. Dua kali pandang, pun takde. Tiga kali pandang, haraammm! takde. Lima enam kali pandang jugaklah, baru pakcik Bas tu muncul dengan nombor 19 yang begitu keramat untuk aku. Heheh
Dengan sepantas kilat cuma takde petir je aku dah berlari anak menuju ke arah pintu bas yang terbuka luas bagaikan ada sinaran sambil ada sound effect "Woooooooaaaaaaa" drama je lebih kan? Hahah

Tanpa buang masa, aku pun masuk dengan pantas hampir nak tersungkur depan pintu masuk bas depan pakcik bas yang datang lambat tu. Nasib tak tersungkur lah. Heheh. Sekali dah masuk, dan ambil tempat, pakcik tu nak pergi semayang pulak. Dah menunggu lagi, tapi takpe, kat dalam bas. sejuk. Aircond kalau boleh sampai rosak pun dia nak bukak. hehe

Bila tunggu tunggu dan tunggu, akhirnya sampai jugak pakcik bas yang lambat tadi tu. Gedegak gedegak *sound effect untuk bas yang pakcik yang lambat tadi tu bawak. kuikui akhirnya sampai jugak aku dekat Tanjung Langsat yang tercinta ni. And macam biasa pakcik bas ni berhentikan aku dekat depan masjid. Turun je dari bas, aku pusing balik menuju ke kedai runcit Cik Halim. Apa lagi, keluarkan duit, beli eskrem ah apa lagi kan? haha. 

Lepas beli eskrem, terus balik ke rumah. Tapi dah tak hujan, so boleh lah meredah batang jalan yang kosong takde orang tu. Kesian budak sekolah macam aku ni, macam tak terbela pun ada jugak. haha. Gasak sengsorang berjalan sambil jilat jilat eskrem aumm aummm. Wahhhh, deep down inside, I was thinking, THIS IS LIFE. haha. Nikmat dah habis exam macam gini kot rasanya? This is how I'm celebrating my freedom day. How about you? Terus, malam pergi rumah tok bawak laptop dengan niat nak online. Tetibe je ada bunyi fireworks. Woaaaaaa, nampak tak yang fireworks ni pun nak celebrate freedom day macam aku kan kan? 

So, I guess today was a very long journey for me. Actually, EVERY DAY is a very long journey for me. That's all I guess for today's entry. See ya next chapter kayh? Bye..

Love ;
Affea

No comments:

Post a Comment