Sunday, 17 March 2013

Nikmatnya kampung :)

Hi Assalammualaikum...

Mood : Relieved

Petang-petang macam ni, rasa tenang je.. Dengan suasana kampung. Yes, I'm living at Kampung Tanjung Langsat. That is why people kept on asking me, "kenapa rumah kau ceruk hujung dunia sangat?" Actually, you don't have to ask me that, you should ask my parents. Haha.
Dari sebelum mak lahir lagi, memang keturunan belah mak duduk kat Kampung ni. Lepas tu, bila abah first posting dari Maktab, terus ke sekolah rendah Tanjung Langsat. Sebab tu jumpa Mak. Then, my sister was born. Followed by my brother, right after then, followed by my second sister, then my brother, and last but not least, Aku laa :)
Aku sayang sangat dengan Kampung ni. Rasa macam tak boleh tinggalkan Kampung ni walaupun untuk seminggu. Dah banyak kali aku dengar orang dok mengutuk Kampung aku ni. Ya, aku memang orang kampung. Tapi sekurang-kurangnya walaupun kami ni orang kampung, kami tak berfikiran kolot walaupun ada sesetengah memang berfikiran kolot :/
banyak orang cakap Tanjung Langsat ni ceruk dunia laa, jauh sangat laa, orang ulu la... bla..bla..blaa.. 
And then, dapat penumbuk sebijik dari aku lah lepas tu. Memang aku pantang orang dok mengata kampung aku. Alah, baru duduk kat Taman Perumahan dah nak kerek mengutuk kampung. Macamlah duduk luar dari kampung tu bagus sangat lah. 
Aku tak cakaplah semua orang yang duduk kat Taman Perumahan tu perasan bagus, tapi ada sesetengah dari diorang memang perasan bagus. 
Let me know, apa yang seronok sangat duduk kat "bandar" katanya? Lori, bas, kereta, prebet sapu, teksi and bla.. blaa. blaa.. dok lalu lalang depan rumah. best sangat ke? konon standard kampung tak masuk TV laa. Hangguk hang! 
Aku ingat lagi ayat kawan aku masa aku tingkatan 5, 

"Tanjung Langsat tu kuno laa"
"Tanjung Langsat tu untuk orang ulu je laa"
"Ada ke Tanjung Langsat tu masuk TV?"

I was like.. What The Hell?

Ni mesti kes tak baca surat khabar, tak tengok berita. Banyak kali Tanjung Langsat masuk TV sebenarnya. Mereka je yang tak tahu perkembangan semasa. Tapi nak mengutuk macam tahu semua. Pantang 7 keturunan aku.

Kalau mereka yang tahu asal-usul tu masuk Kampung mesti dah kena lempar dengan tahi lembu. Aku lah orang pertama yang lempar. hehe.
Tapi aku dengar, ada orang cakap yang Tanjung Langsat ni nak kena ambil dengan pemaju. betul ke? Tapi tak tahulah kesahihannya. Tawakal ajelah supaya kampung ni tak kena ambil. 

Nikmatnya kampung ni sebab dengar kicau burung, lembu bersepah, kucing main kejar-kejar, kadang-kadang ba alip ba ya pun ada jugak. Tapi hish, mintak simpang! hehe.
Duduk kat kampung tak ada dengar hiruk pikuk macam kat "bandar" sana. And I'm so glad to be Kampungian. ??? hehehe

Lastly,

Tak ada kampung, tak adalah bandar. 

Sekian, terima kasih :)



This is it, Tanjung Langsat. Sorry, pakai webcam je. tak ada kamera mahal nak snap gambar. hihi ;p

No comments:

Post a Comment