beberapa hari yang lepas, aku bersama dengan seorang rakan baikku, telah mengikuti program perkemahan di sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 ( sekolah aku lah tu ) Nak dipendekkan cerita, aku dengan dua orang kawan aku dari kelas akaun diminta untuk tolong seorang cikgu berbangsa Tamil. Tanpa banyak cerita, aku pun dengan kawan-kawan aku ikutlah cikgu tu pergi ke bilik kokorikulum. setelah menjejakkan kaki ke bilik tersebut, ada beberapa orang lagi cikgu-cikgu perempuan ( cikgu arus perdana ) sibuk bercerita sakan, ntah apa diorang cerita, aku pun tak ambik tahu sangat. aku pun teruskan dengan kerja aku yang cikgu minta tolong potong kain hitam tadi. sibuk aku melayan potong kain dengan kawan-kawan aku, tetiba je ada suara yang kurang enak didengar dan cukup menjengkelkan bagi manusia patriotik habis macam aku ni. lebih memeranjatkan lagi, seorang insan bergelar GURU boleh jadi manusia paling menjengkelkan yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku. Sungguh tak percaya, dengan tanpa mata berkelip sambil memasang telinga, aku mendengar perbualan beberapa orang GURU WANITA sedang mengutuk, memaki hamun Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Subhannallah. mengucap aku buat seketika. Yang sebenarnya, cuma ada sorang GURU WANITA tu aje yang sibuk mencaci maki PM kita, yang lain dok sibuk dengar macam dengar ceramah parti politik puak tah apa-apa. Naik menyampah, meluat bila aku dengar seorang GURU WANITA YANG MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN sanggup menghina sistem pentadbiran di Malaysia. adakah perempuan itu layak bergelar seorang pendidik? atau seorang guru? Masya-Allah. Waktu bercakap macam tak ingat Allah. Cikgu macam tu tak layak makan gaji dengan kerajaan. Selayaknya campak perempuan macam tu kat negara yang tengah bergolak sekarang ni. Baru dia tahu rasa, perbezaan yang cukup besar antara Malaysia dengan negara lain. Kalau dia benci sangat dengan kerajaan, tak kisahlah. Tapi kalau dah sampai tahap menghina Kerajaan Malaysia depan cikgu-cikgu lain, memang tak boleh diterima langsung! Boleh didakwa bawah Akta Hasutan sebab dah menghasut guru-guru lain untuk turut sama benci dengan PM. aku masih ingat lagi, bait-bait ucapan yang sungguh menyakitkan hati seorang patriot seperti aku :
"Kau percaya cakap Najib tu?"
"Najib tu penipu besar!!!!"
"Aku tak percaya Najib tu!"
"Kaki rasuah, riba', minum arak!"
"Kau tak nampak muka dia merah je?"
"Mahathir lagi aku tak percaya!"
"Pembohong besar!"
Ya Allah. Aku hampir saja menitis air mata kekecewaan. Inikah sifat rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia yang semakin hari semakin hilang rasa bersyukur. cikgu tu tak berfikir sebelum bercakap. cakap main pakai hembus je. Bagi aku, Malaysia dah cukup aman damai. apa lagi yang dimahukan? perang ke yang kita nak? tunggu sampai Malaysia meletup ke baru kita puas? mana kita nak tinggal lepas tu? memang tak dinafikan, setiap parti politik mesti ada yang tak betul, tetapi jangan hanya kerana segelintir saja yang tak betul, dengan seluruh Kerajaan Malaysia dapat tempias sama? Atau nak tunggu Malaysia senasib dengan Syria? Nak tunggu Dato' Najib jadi macam Basyar Al-Assad? Pemimpin yang tak ada hati perut. Kerajaan dah bagi macam-macam untuk majukan negara. kenapa nak negara tonggang terbalik? jelas sekali, kita boleh nampak yang manusia sekarang memang tak tahu erti bersyukur. dah dapat, nak lebih. bila terkurang, lagilah kena maki. sesama islam berperang, india tukang tengok, cina tepuk tangan. apa nak jadi lepas tu? dah kira beruntung kita ni cukup makan pakai. cikgu pun tak kebulur anak beranak kan? cukup-cukuplah dengan politik melampau cikgu tu. Macam mana pendidikan kat Malaysia nak maju kalau dah guru-gurunya sendiri sibuk dok caci maki hamun kerajaan sendiri? Kalau orang swasta yang cakap macam tu, aku boleh terima lagi, tapi ini CIKGU yang bercakap macam orang dah tak ada pegangan agama! meluap-luap darah aku bila dengar orang mengutuk kerajaan Malaysia. Kalau benci sekalipun dengan kerajaan Malaysia, baik tak payah cakap apa-apa. Diam aje. Jangan kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa. Dasar manusia tak tahu bersyukur.
No comments:
Post a Comment