Monday, 1 April 2013

real best friend? I don't have any.

Hi..

Mood : Doing my things, ALONE. Cool :)

Hiyaa peeps,

Talking about friends. Do you have any best-friend-ever-so-called-whatever? Proudly telling you that I don't have any. Seriously, I don't. I tried to find one, but things always going wrong. Huh? 
Memang tak dinafikan aku memang ada ramaaaaiiii kawan ( ceh, nak mengujakan lagi entri ni sebenarnya ) tapi tu lah, I just don't trust people easily. Actually, I used to trust people, but when things turned upside down, I started to remind myself not to trust people that easy. 

Kadang-kadang aku ni bila berkawan, memang melebih-lebih. Sanggup berkorban itu ini, tapi at the end of the time, aku yang tak dihargai. Sedih kan? Pernah sekali, aku tampar kakak aku hanya kerana dia kutuk 'kawan-baik-tak-pernah-wujud' aku. I went too far. Hanya kerana seorang kawan yang tak pernah hargai aku macam mana aku hargai dia, aku dah tampar seorang kakak yang selama ni selalu dengan aku susah senang :(

Rasa macam tak salahkan kalau aku type nama-nama yang pernah jadi kawan yang aku puja-puja selama ni kan? Arghh.. salah ke tak salah ke, aku nak type jugak. Kikiki.

1 ) Dayanna Afia binti Daniel Azman
2 ) Nooy Shafiqa binti Yunus
3 ) Nur Fatin Wahidah binti Zupri
4 ) Nur Farha Najwa binti Fadil
5 ) Nur Aisyah binti Yahya
6 ) Nur Dafina Afiqah binti Md Yassin
7 ) Maisarah binti Mukri
8 ) Mimi Shahira binti Kamal
9 ) Isnaliza Murni binti Abd Majid
10 ) Sofiah Umi Natrah binti Abd Karim
11 ) Siti Nur Nabilah binti Abd Rahman
12 ) Nurul Sakinah binti Sapri.

Aku list-kan ni bukan bermakna aku dah tak sayang kawan-kawan aku lagi. I do love them, so much. Till the end of the time kalau boleh aku cakap. But people do make mistakes. Yes, again and again. But I learnt from mistakes. Aku tak nak jadi seorang hamba kepada persahabatan. Aku nak berkawan dengan semua orang. Kalau boleh. Aku taknak pilih-pilih kawan. Sebab tak untung satu sen pun kalau aku pilih-pilih kawan. 

Just let me do anything I love. Kay? 

Love you,
Affea

politik melampau.


beberapa hari yang lepas, aku bersama dengan seorang rakan baikku, telah mengikuti program perkemahan di sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 ( sekolah aku lah tu ) Nak dipendekkan cerita, aku dengan dua orang kawan aku dari kelas akaun diminta untuk tolong seorang cikgu berbangsa Tamil. Tanpa banyak cerita, aku pun dengan kawan-kawan aku ikutlah cikgu tu pergi ke bilik kokorikulum. setelah menjejakkan kaki ke bilik tersebut, ada beberapa orang lagi cikgu-cikgu perempuan ( cikgu arus perdana ) sibuk bercerita sakan, ntah apa diorang cerita, aku pun tak ambik tahu sangat. aku pun teruskan dengan kerja aku yang cikgu minta tolong potong kain hitam tadi. sibuk aku melayan potong kain dengan kawan-kawan aku, tetiba je ada suara yang kurang enak didengar dan cukup menjengkelkan bagi manusia patriotik habis macam aku ni. lebih memeranjatkan lagi, seorang insan bergelar GURU boleh jadi manusia paling menjengkelkan yang pernah aku jumpa sepanjang hidup aku. Sungguh tak percaya, dengan tanpa mata berkelip sambil memasang telinga, aku mendengar perbualan beberapa orang GURU WANITA sedang mengutuk, memaki hamun Perdana Menteri Malaysia kita, Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Subhannallah. mengucap aku buat seketika. Yang sebenarnya, cuma ada sorang GURU WANITA tu aje yang sibuk mencaci maki PM kita, yang lain dok sibuk dengar macam dengar ceramah parti politik puak tah apa-apa. Naik menyampah, meluat bila aku dengar seorang GURU WANITA YANG MAKAN GAJI DENGAN KERAJAAN sanggup menghina sistem pentadbiran di Malaysia. adakah perempuan itu layak bergelar seorang pendidik? atau seorang guru? Masya-Allah. Waktu bercakap macam tak ingat Allah. Cikgu macam tu tak layak makan gaji dengan kerajaan. Selayaknya campak perempuan macam tu kat negara yang tengah bergolak sekarang ni. Baru dia tahu rasa, perbezaan yang cukup besar antara Malaysia dengan negara lain. Kalau dia benci sangat dengan kerajaan, tak kisahlah. Tapi kalau dah sampai tahap menghina Kerajaan Malaysia depan cikgu-cikgu lain, memang tak boleh diterima langsung! Boleh didakwa bawah Akta Hasutan sebab dah menghasut guru-guru lain untuk turut sama benci dengan PM. aku masih ingat lagi, bait-bait ucapan yang sungguh menyakitkan hati seorang patriot seperti aku :

"Kau percaya cakap Najib tu?"
"Najib tu penipu besar!!!!"
"Aku tak percaya Najib tu!"
"Kaki rasuah, riba', minum arak!"
"Kau tak nampak muka dia merah je?"
"Mahathir lagi aku tak percaya!"
"Pembohong besar!"

Ya Allah. Aku hampir saja menitis air mata kekecewaan. Inikah sifat rakyat Malaysia? Rakyat Malaysia yang semakin hari semakin hilang rasa bersyukur. cikgu tu tak berfikir sebelum bercakap. cakap main pakai hembus je. Bagi aku, Malaysia dah cukup aman damai. apa lagi yang dimahukan? perang ke yang kita nak? tunggu sampai Malaysia meletup ke baru kita puas? mana kita nak tinggal lepas tu? memang tak dinafikan, setiap parti politik mesti ada yang tak betul, tetapi jangan hanya kerana segelintir saja yang tak betul, dengan seluruh Kerajaan Malaysia dapat tempias sama? Atau nak tunggu Malaysia senasib dengan Syria? Nak tunggu Dato' Najib jadi macam Basyar Al-Assad? Pemimpin yang tak ada hati perut. Kerajaan dah bagi macam-macam untuk majukan negara. kenapa nak negara tonggang terbalik? jelas sekali, kita boleh nampak yang manusia sekarang memang tak tahu erti bersyukur. dah dapat, nak lebih. bila terkurang, lagilah kena maki. sesama islam berperang, india tukang tengok, cina tepuk tangan. apa nak jadi lepas tu? dah kira beruntung kita ni cukup makan pakai. cikgu pun tak kebulur anak beranak kan? cukup-cukuplah dengan politik melampau cikgu tu. Macam mana pendidikan kat Malaysia nak maju kalau dah guru-gurunya sendiri sibuk dok caci maki hamun kerajaan sendiri? Kalau orang swasta yang cakap macam tu, aku boleh terima lagi, tapi ini CIKGU yang bercakap macam orang dah tak ada pegangan agama! meluap-luap darah aku bila dengar orang mengutuk kerajaan Malaysia. Kalau benci sekalipun dengan kerajaan Malaysia, baik tak payah cakap apa-apa. Diam aje. Jangan kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa. Dasar manusia tak tahu bersyukur. 

Sunday, 31 March 2013

they are just a bunch of losers.

Hi.. :)

it is so cool to be here today after a loooooonnnngggggg rest from blogging. hehe. Actually, i really miss my blog. Abah has 'grounded' me from cyber-world-so-called. guess so :D

Mid-sem holiday has passed few days ago. eh? yesterday. boooo.. B)
bila naik sekolah je harini, people really make me feel pissed off. i noticed, people changed. yes, everything changed. and it really really made me felt pissed off! if you guys were in my shoes, is that cool making fun of people? making fun of people's physical? i was like.. heh? cool huh? what the heck you're thinking!?

benci gila bila orang cuba nak memperkotak-katikkan orang lain. best sangat ke? errr? they are actually just a bunch of jerks and kind of losers. yeah, i mean it. i really mean it.

so not in the mood right now to blogging. pissed off!

bye. 

Tuesday, 19 March 2013

Negaraku.

Evening readers B)

So glad to say this, hari selasa adalah hari sekolah aku mengadakan perhimpunan rasmi. Pelik? Okay faham. sekolah lain buat perhimpunan rasmi hari Isnin tapi sekolah aku buat hari Selasa. Cool? Okay, aku faham sangat perasaan kamu orang.

Dan bila korang ingat balik apa yang 'cliche' kat dalam perhimpunan adalah baca ikrar, doa, lagu negeri Johor, lagu sekolah and last lagu Negaraku. The part ever! :)

Selalunya kita dengar lagu Negaraku, the first thing to do is berdiri tegak, tangan di sisi, muka berlagak, pandang depan. tapi apa yang aku nampak dengan mata aku sendiri, kakitangan kerajaan sendiri tak dapat nak buat benda yang simple waktu menyanyi lagu negaraku. Oh man! Such a political stuff. Buat apa aku nak mengutuk kakitangan kerajaan sedangkan abah aku sendiri kakitangan kerajaan. Tak semua kakitangan kerajaan yang aku tengok mula mempraktikkan perangai macam tu, ada segilintir daripada mereka saja. 
Tapi macam tak kena lah, dekat dalam TV, berkali-kali keluar iklan tentang hormati lagu Negaraku. And even the teacher tak boleh nak ikut sama hormat lagu Negaraku. 

Malaysia is our country. And I love Malaysia so much! Tak tahu lah, bila aku mula masuk tingkatan 6, semangat patriotik berbeza sekali berbanding waktu aku di arus perdana ( tingkatan 1-5 ) *bagi yang tak tahu :)

And i'm so piss when outsider cuba memperkotak-katikkan negara Malaysia. Well yeah, I, myself macam tak boleh nak terima bila orang memperkotak-katikkan lagu Negaraku. I was like... 'hey! can't you have some respect to our OWN country's song??"

I'm not trying to mock anybody, tapi bila lagu Negaraku tu dah berkumandang, letaklah dulu cell phone kalau ye pun. Jam tu lah nak reply mesej orang, nak buat sos-to-up, call-me-back and bla..bla..blaa..
I just love my Malaysia so much. bagilah aku berjuta pound sterling sekali pun kalau suruh aku duduk kat negara orang, aku lebih pilih Malaysia. Itu pun kalau Dato' Sri Najib Tun Razak lah yang tadbir negaralah :) 
Kadang-kadang, rakyat Malaysia semakin lama semakin kurang bersyukur dengan kurniaan Allah. Tengok ajelah contoh yang dapat kita tengok sekarang, mana reti hormat lagu Negaraku. 

Tunggulah kalau Malaysia ditimpa bencana, nak menangis, meratap pun dah tak berguna. Selagi nafas masih ada, selagi tu lah kita harus sayang negara kita. Belajar untuk jadi orang yang bersyukur dengan nikmat yang ada. Bila fikir kita susah, ada orang yang lebih susah dari kita. 


Nak tunggu sampai rakyat yang tak berdosa senasib dengan wanita di atas ini ke? Pagi petang siang malam, dah lali dengan cecair bernama 'darah'?


Atau... bangunan di Malaysia yang gah-gah belaka berakhir sebegini rupa? 

Fikirlah wahai rakyat Malaysia.. Belajar lah untuk menghargai negara sendiri. Kalau tak ada kita nak hargai negara kita, siapa lagi? Jangan sampai maruah negara sendiri tergadai dek sifat tak bersyukur yang semakin menebal dalam diri sendiri. Am I right? Muhasabah diri jauh lebih baik daripada dok menuding jari mencari silap orang lain. 



I am soooo proud to be Malaysian.

Love my Malaysia thiiiiiiiiissssssss much! :*


Patriotism : Affea

Monday, 18 March 2013

Bercinta ke suami isteri?

Good evening readers :)

Mood : Unpredictable.

Sangat suka cita aku nak berceritakan tentang tajuk yang terpapar di entri atas ni ha. Actually, while typing this entry, aku dekat library Pusat Bandar bersama dua lagi rakan baik aku, Isnaliza Murni and Nurul Sakinah. Haa, girls nampak tak yang aku mention nama korang kat sini ;p

dah biasa sangat pergi library Pusat Bandar ni. And dah biasa sangat menyaksikan pasangan "romantis" yang kononnya belajar dekat library. walaupunnnn.... Ini pun aku duduk betul-betul berhadapan dengan pasangan "romantis" katanyaaaa..
Seriously, kadang-kadang macam menyampah jugak bila tengok budak-budak bawah datang library untuk tujuan yang terpesong dari tujuan asal. rasa macam.. erghhh, "takde kerja lain ke dik oi?"
Aku macam ni bukannya aku jeles meles sebab tak dapat buat macam tu jugak sebab aku tak ada boyfriend. Ini pun sebab aku rasa macam kejengkelan tahap melampau =.=

Lain pulak cerita kawan aku yang sorang ni ( Isnaliza Murni ) pergi study dengan boyfriend tapi sorang duduk hulu yang sorang lagi duduk hilir. I respect it so much! Agak-agak main mata dari jauh je. Hihih

Rasa macam library ni macam tempat "projek" tah apa-apa je. baik duduk rumah tidur, kan bagus? Nak kata kat luar tak jumpa, hari-hari berjumpa kot aku rasa. Lain lah pagi petang siang malam dok ngadap muka tak jemu-jemu. tak bosan ke dik oi? 

Bila ditegur, rasa macam diri dah cukup matang. Bab-bab bercinta matang, datang bab mak suruh belajar, haa kau, hilang kematangan. Kalau aku jadi kakak yang kerja kat library ni dah lama aku halau/usir pasangan-pasangan sebegini. buat malu mak abah je. Hesh.



Sebenarnya, fokus bukan kat perempuan depan camera ni, tapi pasangan "romantisaaaahhhh" yang belakang tu. Heheh.
Sorry ah dik, akak amik gambar adik senyap senyap ;p

Nampak macam belajar, tapi "2 dalam 1". faham-faham je lah eh.


Tak puas hati, amik satu gambar lagi Kihkih

Last but not least, untuk menggulung segala hujah di atas, letak sikit lah gambar plessing aku dengan Mimi and Ikin ni yaa. 

Have fun :)


Bye. Assalammualaikum :)

Sunday, 17 March 2013

Nikmatnya kampung :)

Hi Assalammualaikum...

Mood : Relieved

Petang-petang macam ni, rasa tenang je.. Dengan suasana kampung. Yes, I'm living at Kampung Tanjung Langsat. That is why people kept on asking me, "kenapa rumah kau ceruk hujung dunia sangat?" Actually, you don't have to ask me that, you should ask my parents. Haha.
Dari sebelum mak lahir lagi, memang keturunan belah mak duduk kat Kampung ni. Lepas tu, bila abah first posting dari Maktab, terus ke sekolah rendah Tanjung Langsat. Sebab tu jumpa Mak. Then, my sister was born. Followed by my brother, right after then, followed by my second sister, then my brother, and last but not least, Aku laa :)
Aku sayang sangat dengan Kampung ni. Rasa macam tak boleh tinggalkan Kampung ni walaupun untuk seminggu. Dah banyak kali aku dengar orang dok mengutuk Kampung aku ni. Ya, aku memang orang kampung. Tapi sekurang-kurangnya walaupun kami ni orang kampung, kami tak berfikiran kolot walaupun ada sesetengah memang berfikiran kolot :/
banyak orang cakap Tanjung Langsat ni ceruk dunia laa, jauh sangat laa, orang ulu la... bla..bla..blaa.. 
And then, dapat penumbuk sebijik dari aku lah lepas tu. Memang aku pantang orang dok mengata kampung aku. Alah, baru duduk kat Taman Perumahan dah nak kerek mengutuk kampung. Macamlah duduk luar dari kampung tu bagus sangat lah. 
Aku tak cakaplah semua orang yang duduk kat Taman Perumahan tu perasan bagus, tapi ada sesetengah dari diorang memang perasan bagus. 
Let me know, apa yang seronok sangat duduk kat "bandar" katanya? Lori, bas, kereta, prebet sapu, teksi and bla.. blaa. blaa.. dok lalu lalang depan rumah. best sangat ke? konon standard kampung tak masuk TV laa. Hangguk hang! 
Aku ingat lagi ayat kawan aku masa aku tingkatan 5, 

"Tanjung Langsat tu kuno laa"
"Tanjung Langsat tu untuk orang ulu je laa"
"Ada ke Tanjung Langsat tu masuk TV?"

I was like.. What The Hell?

Ni mesti kes tak baca surat khabar, tak tengok berita. Banyak kali Tanjung Langsat masuk TV sebenarnya. Mereka je yang tak tahu perkembangan semasa. Tapi nak mengutuk macam tahu semua. Pantang 7 keturunan aku.

Kalau mereka yang tahu asal-usul tu masuk Kampung mesti dah kena lempar dengan tahi lembu. Aku lah orang pertama yang lempar. hehe.
Tapi aku dengar, ada orang cakap yang Tanjung Langsat ni nak kena ambil dengan pemaju. betul ke? Tapi tak tahulah kesahihannya. Tawakal ajelah supaya kampung ni tak kena ambil. 

Nikmatnya kampung ni sebab dengar kicau burung, lembu bersepah, kucing main kejar-kejar, kadang-kadang ba alip ba ya pun ada jugak. Tapi hish, mintak simpang! hehe.
Duduk kat kampung tak ada dengar hiruk pikuk macam kat "bandar" sana. And I'm so glad to be Kampungian. ??? hehehe

Lastly,

Tak ada kampung, tak adalah bandar. 

Sekian, terima kasih :)



This is it, Tanjung Langsat. Sorry, pakai webcam je. tak ada kamera mahal nak snap gambar. hihi ;p

Saturday, 16 March 2013

Daiyan Trisha or Dayanna Afia?

Hi bloggers,

Dah lama sebenarnya aku nak cerita pasal ni. hrmm? akhir tahun 2012, aku terjumpa dengan seorang perempuan yang mirip sekali dengan perempuan yang aku cari bertahun-tahun sebelum ni. okay, lemme show you guys la eh,



gambar ni yang Dayanna Afia bagi kat aku kira-kira 2 tahun lepas,
Tapi... apa yang dah jadi...


Dia sebenarnya seorang artis yang meningkat naik dari laman youtube. Aku sendiri tak pasti sama ada selama ni aku hanya ditipu dari sejak aku tingkatan 1 aku kenal perempuan yang nama Dayanna Afia. 

Entahlah, nasib mungkin tak ada dengan aku. mulanya, memang aku taknak percaya yang dia ni Afia ke apa, tapi bila aku tengok semua gambar-gambar dia yang lepas-lepas, buatkan aku makin keliru, keliru dengan keadaan sebenar. aku sendiri tak kenal siapa dia. apatah lagi dia, aku pernah beranikan diri untuk tegur dia, apa yang aku dapat, kemarahan. kalau aku jadi dia pun aku akan marah sebab orang tak kenal asyik hantar mesej kat facebook cakap pasal Dayanna Afia. 
Taktahu lah, nak cari kebenaran pun, aku ni bukan siapa-siapa. aku cuma nak anggap Dayanna Afia tu hanyalah satu khayalan aku selama ni. atau perkara macam ni buatkan aku lagi tambah sedih sebab kehilangan seorang kawan yang selama ni sentiasa dengan aku waktu susah senang. 
Tak apalah, biarlah benda ni jadi tanda tanya sampai kiamat sekalipun. Allah Maha Adil.

:')